20 October, 2008

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangalah(pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Aali-Imran: 139)"


Izzatul Islam - Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
 
posted by asysyams at 2:05 AM | 0 comments
03 March, 2008

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah ber’dating’...malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis...kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan “zina hati”. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta “asmaradana” bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada masalah hati...itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.


Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan & nafsu akhirnya menjerumus kepada fahaman itulah “chenta” yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? - “Rasa rindu yg amat sangatt” ... sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; Rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan IMAN.



Cinta berasaskan Islam ialah cintakan “kebaikan”, “keimanan” dan “keutuhan pendirian” kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di masa depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.



Malah, masalah samada sayang ke, samada tak sayang ke...tidak timbul...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembleng meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani & rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam... bukan seperti sebahagian anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata.



Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta...contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat & peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata ‘cinta berpaling arah’ atau ‘tidak menjadi’. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangn cinta murahan hanya satu “kepura-puraan” yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.



Ada yang jadi baik...bercakap yang baik2 di depan orang yang di cintainya... almaklomle yang di cintai itu seorang yang beriman...tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan yang lain mulalah membebel ntahapehape kerana asas malu tiada.



Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu...berasaskan cinta yang penuh didikan “IMAN”... perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam “jerat percintaan” yang tak patut...sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru...mungkin akan menjatuhkan ke lembah HINA.



Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya...perhatikan agamanya, kebaikannya dan SEGALANYA sejak dia belum mengenali kita...maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya...kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidakfahaman konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka...agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.



Ini tidak, anak gadis dan pemuda suka ‘melayan & melayan’ dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati-hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita EGO...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu?? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman, mempunyai sifat-sifat yang KONKRIT di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang CANTIK terbina dari didikan hati nurani Iman yang cantik ...?



So, kata-kata bidalan “berkawan biar beribu bercinta biar satu” tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah; bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua ‘panahan cinta’ di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana FITNAH.



Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik...di situ sudah menampakkan penilaiannya...di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik... dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.



Berkata Imam Nawawi:
“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu”.

 
posted by asysyams at 11:16 PM | 2 comments
01 March, 2008


Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)


Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
Sumber: http://www.palestinkini.info

 
posted by asysyams at 9:09 PM | 0 comments
21 February, 2008
ESQ 165: Emotional Spiritual Quotient by Dr. Ary Ginanjar Agustian

HIDUP dalam pencarian. Manusia sentiasa mencari dan tidak puas dengan apa yang dimiliki. Ini kerana kekosongan jiwa yang dialami sehingga tidak bersyukur dengan apa yang berlaku atau kurniaan kemewahan serta kesenangan yang dimiliki.

Mereka sentiasa gelisah dan tidak pernah berfikir bahawa di sebalik berlakunya sesuatu, adakah hikmat atau dugaan serta penyebabnya, kenapa ia berlaku dan saling berkait satu kejadian dengan kejadian yang lain.

Kekosongan jiwa inilah yang turut dirasai oleh seorang ahli akademik Indonesia sejak zaman remajanya iaitu pengasas ESQ Training, Dr. Ary Ginanjar Agustian.

Beliau semenjak remaja lagi sentiasa berada dalam keresahan, fikiran berkecamuk dan mencari erti kehidupan sehinggalah beliau mempelajari kisah-kisah manusia agung dan sejarah peradaban terutamanya pencarian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammmad s.a.w.

Menyelami satu persatu dengan jawapannya sekali, Ary Ginanjar menerapkan penemuan beliau ke dalam kursus ESQ (Emotional Spiritual Quotient) yang diasaskannya bagi membantu orang lain memecah kebuntuan pencarian yang turut dialami mereka.

Justeru, Ary Ginanjar memperkenalkan kursus yang dinamakan The ESQ Way 165. Ia merupakan rumusan untuk menggabungkan tiga unsur iaitu roh, minda dan tubuh.

Pengurus Besar ESQ Leadership Center Sdn. Bhd., Marhaini Yusoff berkata, latihan ini bakal membawa mereka yang mengalami kekosongan jiwa untuk memenuhkan roh mereka dengan Allah.

“Mereka akan diajak untuk mencintai Tuhan dan menghargai cinta Tuhan,’’ katanya di pejabatnya di Damansara Damai, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (Intelectual Quotient), EQ (Emotion Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif.

“Kursus ESQ yang kami perkenalkan mengintegrasi ilmu sains, psikologi dan pengurusan, selain memberi pengalaman latihan yang luar biasa kepada fizikal, minda dan jiwa untuk mengeluarkan nilai-nilai positif dalam diri.

“Inilah faktor penyebab kursus kami berbeza daripada yang lain,’’ ujar graduan sarjana muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini.

Tambahnya, yang juga alumni kursus ini tiga tahun lalu di Jakarta, Indonesia, angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, enam (prinsip moral berdasarkan Rukun Iman) dan lima (langkah kejayaan berteraskan Rukun Islam).

Membentuk jiwa

“Kursus selama tiga hari mencakupi pelbagai bidang spiritual yang boleh membentuk jiwa seseorang supaya lebih mengenali diri sendiri dan Maha Penciptanya.

“Secara teorinya, manusia tahu mengenai khalifah, Rukun Iman, Rukun Islam dan kejadian yang berlaku atau di sebalik ibadah serta tanggungjawab sebagai seorang ibu, ayah dan pekerja.

“Namun, selepas menghadiri kursus, peserta akan merasai bahawa Allah itu sentiasa melihat sebarang pekerjaan dan yang dilakukan oleh umatnya sehingga kita tidak akan berani untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau rukun Allah.

“Sebagai contoh, apabila melihat langit, bulan, bintang, kita akan menghargai keagungan Allah.

“Begitu juga apabila bersolat lima kali sehari. Selama ini kita lakukan secara rutin, tanpa penghayatan dan tidak sedar sedang menghadap Kaabah (rumah Allah).

“Sekiranya jiwa kita tidak kosong, sepatutnya kita memahami kenapa perbuatan solat itu dilakukan, kenapa dan mengapa Kaabah itu dibina, apa di sebalik setiap bacaan al-Fatihah. Mengetahui hikmah solat boleh mengubah karakter seseorang,’’ ujarnya.

Tambahnya, dalam ESQ, model God Spot merupakan tahap pertama bagi membangunkan rasa ketuhanan iaitu kesedaran merasa, melihat dan dilihat Tuhan. Di sinilah kecerdasan spiritual terbentuk dan ia boleh dibangunkan menerusi dua langkah iaitu mengenal pasti suara hati yang bersumberkan daripada tiupan roh Ilahi yang menyebabkan manusia terus mencari dan merindukan sifat ketuhanan atau 99 Asmaul Husna.

Manakala langkah kedua ialah Zero Mind Process di mana sekiranya suara hati tidak muncul. Ini kerana, tertutupnya paradigma iaitu prasangka, prinsip hidup, pengalaman, kepentingan, sudut pandangan dan bandingan. Penutupan itu cuba dipecahkan.

“Setelah ditemukan suara hati pada kedudukan SQ, maka nilai-nilai itu dibentuk oleh enam prinsip EQ yang berteraskan Rukun Iman.

“Setelah mengenal suara hati, maka langkah ketiga ialah bagaimana untuk mengaplikasikan suara hati itu ke dalam tindakan. Ia perlu dilahirkan menjadi realiti berdasarkan Rukun Islam,’’ katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Marhaini, modul itu telah menjalani penambahbaikan selama 2,700 kali sejak diperkenalkan enam tahun lalu.

“Walaupun baru diperkenalkan di Malaysia pada akhir 2006, seramai 7,500 peserta sudah mengikutnya terdiri daripada eksekutif muda, profesional, golongan pembuat keputusan dan mahasiswa mengikuti kursus.

“Pada bulan depan, satu kursus untuk kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun akan diadakan selama dua hari,” katanya.

Selain itu, sebanyak lima kursus akan diadakan di Kuala Lumpur sepanjang bulan depan untuk para eksekutif, remaja, kanak-kanak dan alumni. Bagi individu dan pihak korporat yang berminat untuk menyertainya, boleh menghubungi 03-61568898. **Atau saya sendiri di emel/YM!: mr_syams@yahoo.com

Sumber: Utusan Malaysia

 
posted by asysyams at 10:58 PM | 1 comments
26 January, 2008

Marilah teman kita bersatu
Mara bersama ke medan jihad
Menyahut seruan Tuhan yang Esa
Pergi bersama laungan takbir

Marilah kita bergandingan bahu
Bersatu teguh mara bersama
Usahlah dikau terus terleka
Allah pasti bersama dengan kita
Janganlah takut janganlah gentar
Terhadap musuh-musuh Allah
Tegakkan kema'rufan runtuhkan kemungkaran
Bersama laungkan takbir

Robohkan rangkaian penindasan
Tegakkan Islam agama tercinta
Bersama kita bentukkan ukhuwah
Syahid matlamat kita yang utama

 
posted by asysyams at 12:51 AM | 0 comments
23 January, 2008
The farmer and the Wailing Wall on this flier, which depict the Zionist leaders Max Nordau, Theodor Herzl, and Prof. Mandelstamm, represent the "Zionist Dream."


Kaum Yahudi sangat mengingati pengajaran daripada pengalaman sejarah bahawa mereka senantiasa dalam keadaan lemah apabila menghadapi kekuatan Islam secara bersendirian. Dunia Kristian juga sedang mencari-cari kesempatan yang sesuai untuk membalas dendam terhadap kekalahan yang memalukan di tangan umat Islam dalam Perang Salib. Kini kedua-duanya sedang berganding bahu untuk menumpaskan dunia Islam.

Negara-negara Arab yang berdekatan dan hampir kepada Kristian dan Yahudi secara semulajadinya menjadi sasaran awal mereka. Kekuatan kesatuan Kristiandom dan Zionisme berhasrat untuk memberikan pukulan padu kepada umat Islam dan impian kesatuan mereka.

Pada bulan Disember 1917, British telah berjaya sepenuhnya menduduki bahagian selatan dan tengah Palestin, termasuklah Jerusalem, yang berjaya diduduki secara rasmi pada 9hb. Disember 1917. Komander tentera British, Lord Allenby, sempena peristiwa ini, secara angkuh telah menyatakan:

"Kini Peperangan Salib telah pun berakhir".


The letter sent by then-Foreign Secretary of England Sir Arthur Balfour to Lord Rothschild became known as the "Balfour Declaration." The original letter is pictured atright; Sir Balfour, above.


Apa yang tersirat di sini ialah, orang-orang Eropah menganggap yang mereka telah mengharungi Perang Salib yang berterusan selama 800 tahun dan berakhir dengan ekspedisi Palestin ini. September-Oktober 1918, British meneruskan perluasan polisinya dengan menduduki bahagian utara Palestin, bahagian timur Jordan, Syria dan Lubnan. Semenjak itu ia memperolehi kuasa penuh dalam kempen untuk pelaksanaan projek Judaize ke seluruh bumi Palestin. British, lebih jauh lagi mengacu Liga Bangsa-bangsa untuk mengiktiraf Deklarasi Balfour pada 24hb. Julai 1922.



Dengan taktik ini, British telah berusaha keras ke arah penubuhan sebuah 'tanah air' untuk bangsa Yahudi di Palestin. Pada penghujung Jun 1920, British meletakkan seluruh bumi Palestin di bawah undang-undang tentera, yang tidak lama kemudian itu diubah kepada undang-undang sivil di bawah Pesuruhjaya Tinggi British. Pesuruhjaya Tinggi Zionis yang pertama ialah Herbert Samuel (1920-1925), dan para penggantinya selepas itu secara aktifnya telah meneruskan projek Zionis, tetapi yang paling terkenal dengan kejahatannya ialah Arthur Wauchope (1931-1938), di mana pada era pemerintahannya konspirasi Yahudi di Palestin telah mencapai kemuncaknya.


The picture to the left shows Jews emigrating to Palestine in 1930. The picture above shows Jews arriving in 1947. Before the Palestinians understood what these migrations would mean for their future, the population ratio in the region had shifted in favor of the Jews.


Bangsa Yahudi mengukuhkan banyak kepentingan sosio-ekonomi dan institusi pendidikan, sebagai contoh Histadrut (Kesatuan Pekerja), Universiti Hebrew di Jerusalem pada 1925, dan Agensi Yahudi pada 1929, yang mana telah menjadi perwakilan rasmi bagi badan Yahudi di Palestin. Tanpa diragui lagi, kesemua organisasi ini memberikan infrastruktur yang kukuh untuk kemunculan Negara Yahudi yang bertempat di bumi Palestin pada 14hb. Mei 1948. Pada tahun tersebut populasi penduduk Yahudi ialah 646,000 iaitu kira-kira 31.7 % daripada 2, 036, 000 penduduk. Semenjak itu bangsa Yahudi yang bertebaran di seluruh dunia ini mula berimigrasi ke bumi yang telah dicerobohi itu.

Sudah tentu umat Islam tidak hanya berdiam diri. Sebahagian kecil pertubuhan sukarela Arab dan muslim ditubuhkan dengan beberapa gelaran, di antaranya Jaysh al-Inqaz dan tentera Palestin Al-Jihad al-Muqadas. Bagaimanapun dengan kemampuan persenjataan yang lemah, yang dibekalkan oleh negara-negara Arab tidak dapat mengatasi peperangan berat sebelah ini. Pada bulan Oktober 1948, pertubuhan Al-Ikhwan Al-Muslimun telah memasuki medan jihad seramai 10,000 para mujahid sukarelawan telah dihantar dan mereka berjuang dengan berani. Kerajaan Mesir telah mengharamkan Al-Ikhwan manakala Mursyidul Am-nya, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah dibunuh oleh perisikan mereka. Penentangan masih lagi berterusan, bagaimanapun perpecahan di kalangan bangsa Arab dan umat Islam telah menyukarkan usaha untuk menyelamatkan bumi Palestin.

Pergerakan Zionis Antarabangsa semakin mara ke hadapan, dan peluang untuk memperhambakan umat Islam sudah pun lama terbentang luas...

 
posted by asysyams at 4:52 PM | 0 comments
11 January, 2008

Sejarah Palestin

1. Sejarah Silam

Palestin adalah tempat yang bermakna untuk umat Islam kerana di situlah pusat kenabian. Ramai nabi-nabi yang diturunkan di situ, atau paling kurangpun berkait dengan Palestin. Orang Yahudi ‘claim’ Palestin, antara alasannya, mereka adalah penduduk asal di situ. Namun, mengikut kajian sejarah, penduduk asal di situ adalah kaum Arab yang diberi nama Kanan (Kan-An) yg menetap pada 2500 S.M..


Sejarah kenabian di Palestin bermula dengan Nabi Ibrahim a.s.. Kita semua ingat bagaimana Nabi Ismail a.s. ditinggalkan di Mekah, dan asalnya mata air zam zam. Nabi Ibrahim bukanlah bangsa Israel. selepas Ibrahim, ada Nabi Ishak a.s. yang kekal di Palestin dan Nabi Ismail a.s. pula di Mekah.


Bani Israel adalah keturunan dari Nabi Yaakub a.s., termasuklah anak-anaknya, cucu-cicit... (Israel: Orang yang berjalan malam). Nabi Yaakub menetap di Palestin, anak Nabi Yaakub ada seorang nama Yahuza. Di situlah asalnya nama Yahudi. Kita tahu cerita bagaimana anak Nabi Yaakub a.s., Nabi Yusof a.s. dikhianati oleh abang dia, ditinggalkan di padang pasir dan kemudian diselamatkan dan dibawa ke Mesir. Selepas Nabi Yusof jadi pemerintah di Mesir, beliau menjemput Nabi Yaakub dan keluarga dia pindah ke Mesir. Pusat kenabian sekarang berpindah ke Mesir, sehinggalah kepada zaman Nabi Musa a.s. dan Firaun.


Nabi Musa a.s. selepas melarikan diri dari Firaun melalui Laut Merah, membawa rakyatnya (Bani Israel) kembali ke Palestin. Namun orang Yahudi tak nak masuk Palestin (degilnya..), sebab masa itu ada orang lain memerintah Palestin. Jadi, Allah sesatkan mereka selama 40 tahun. Pada waktu tu, Nabi Musa dan Nabi Harun wafat. Nabi Yusa' (dikenali sebagai Joshua) adalah nabi yg memimpin Yahudi masuk balik ke Palestin selepas itu (1190 S.M.).


Dalam Quran ada disebutkan kisah Nabi Daud a.s. dan tentera Raja Talut. Raja Talut memberi takhta kepada Nabi Daud sebagai raja di Palestin, dan start dari sini, bermulalah kerajaan Yahudi di Palestin. Nabi Daud menukar nama bandar pemerintahan di situ, asalnya Madinatussalam kpd Jerusalem (Hebrew) - 995 S.M.


Nabi Daud digantikan oleh Nabi Sulaiman a.s., dan pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi sebab kita tahu betapa besarnya kerajaan Nabi Sulaiman (menguasai jin dsb) dan mereka percaya Nabi Sulaiman ada membina ‘temple’ (nama: Haikal Temple) di Jerusalem.


Selepas Nabi Sulaiman wafat, Palestin terbahagi kepada 2, pertama ialah kingdom of Israel, yang ditewaskan oleh Parsi kemudiannya. Satu lagi ialah Kingdom of Yahudi yang tewas kepada Nebuchadrezzar. Yahudi dihalau ke Iraq dan tak dibenarkan masuk lagi. (500-an S.M.)


Pemerintahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great ke Rom (63 S.M.) sehinggalah Saidina Umar Al-Khatab mengambil-alih Palestin pada tahun 638M. Jadi, kita boleh lihat, Yahudi cuma menjadi kerajaan di Palestin cuma 4 kurun saja. Dari Nabi Daud hingga sebelum Nebuchadrezzar (1104 S.M. - 586 S.M.). Sementara umat Islam memerintah selepas Saidina Umar Al-Khatab selama 12 kurun.


2. Sejarah Moden


Napoleon Bonaparte adalah orang yang bertanggungjawab membawa kembali Jews ke Palestin pada 20 April 1799, iaitu seramai 5000 orang. Tujuannya adalah untuk mengkucar kacirkan kerajaan Uthaminiyyah. Selepas WW1(Perang Dunia 1), Yahudi di Palestin cuma 55,000 (8.4%), selebihnya adalah bangsa Arab.


Sejarah moden Palestin pula terbahagi kepada 5 fasa:

Fasa 1: 1880 - 1917


Pada tahun 1897, ditubuhkan World Zionis Organization (Pertubuhan Yahudi Sedunia) dan congress pertama diadakan di Swiss pada 27-29 Ogos 1897. British dikempen supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WW1(1914-1918), kerajaan Uthmaniyyah melarang orang Yahudi membeli tanah di Palestin, tetapi larangan tersebut ditarik balik selepas itu.


Semasa WW1, British telah emmbuat perjanjian dengan 3 pihak. Perjanjian dengan France dan Russia tentang pembahagian kawasan kemenangan(kalau mereka menang), perjanjian dengan Raja Hussin supaya tolong melemahkan kerajaan Uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (kalau berjaya, bagi Palestin) dan terakhir dengan Zionis yang ketika itu menguasai Amerika. Tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang dan sebagai balasan, akan diberikan Palestin kepada mereka. Ini dinamakan 'Belfa' declaration.


Fasa 2: 1917-1948


Semenanjung Palestin dikenali sebagai trans Jordan ketika itu. Pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat Islam tiada sistem Khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (belum ada PBB) disuruh menerima 'Belfa declaration' antara British dengan Yahudi. Pada 24 Julai 1922, declaration tersebut diterima dan Yahudi memasuki Palestin semakin ramai. High Commissioner British di Palestin adalah orang yahudi. Tekanan seperti cukai tanah yang tinggi dikenakan kepada penduduk Palestin supaya mereka menjual tanah mereka. Pada waktu ini, Jihad Palestin mula ditubuhkan.


Bermula tahun 1929, umat Islam di sana mula bertempur dengan pihak British. Fatwa haram menjual tanah kepada Yahudi dikeluarkan pada tahun 1935. Sepanjang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. British keluarkan kertas putih yang menyatakan kerajan Palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (which is 1949), yang diperintah oleh Arab dan yahudi.


Tahun 1944, cuma ada 75,000 orang Yahudi di Palestin dan British berjanji bahawa tak akan ada lagi orang Yahudi yang akan masuk ke Paletsin kecuali dengan izin orang Arab di situ. Orang Arab suka hati sebab kerajaan nanti mestilah akan dapat dikuasai.


Selepas WW2, tahun 1947, British membincangkan isu Palestin di PBB. Resolusi 181 PBB menyatakan yang PBB bercadang bahagikan Palestin kepada 2,55% daripada kawasannya diberi kepada Yahudi (yang cuma 33% daripada population) dan selebihnya kepada Arab. Walaupun ternyata pembahagian tak ikut logic, Yahudi masih tak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. Ikhwanul Muslimin mula masuk berperang di Palestin ketika ini. Pada 14 Mei 1948, Israel diisytiharkan sebagai negara dan Arab diusir beramai-ramai.


Fasa 3: 1949 - 1967


Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung Sinai dan Golan. Mereka merancang nak menubuhkan Israel Kubra (The Great Israel) yang meliputi kawasan ini termasuk Iraq dan Madinah kerana mereka pernah menetap di sana. Yasser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi untuk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili orang Palestin.


Fasa 4: 1967 - 1987


PBB mengeluarkan Resolusi 3236 pada tahun 1975 yg menyatakan hak orang Palestin menubuhkan negara di Palestin. Tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan Timur Palestin dengan Israel, dan Israel kalah teruk. Perang tu dinamakan 'Peperangan Karamah'. Tahun 1987, PLO yg diketuai oleh Yasser Arafat menukar cara, daripada arm struggle kepada negotiation.


Camp David (yang selalu kita dengar tu..) adalah perjanjian antara Mesir dan Israel pada tahun 1978. Israel bersetuju withdraw dari Palestin, dengan syarat Israel diiktiraf. Waktu itu, semangat orang Arab JATUH teruk. Tahun 1987, HAMAS ditubuhkan (sekarang, HAMAS berada dalam senarai terrorism). Hamas ditakuti oleh orang Yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.


Fasa 5: 1987 - 2000


Perang Teluk menyebabkan bantuan negara negara Arab kepada pejuang di Palestin dihentikan. Maka perjuangan di Palestin tak ada support dari segi kewangan terutamanya.


Tahun 1993, ada perjanjian damai OSLO di mana PLO (Yasser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Adakah ni petanda yang bagus? Bagi orang Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut kerana bagi mereka, tempat-tempat tersebut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir 5 perkara iaitu kesihatan, pendidikan, specail affair(perkahwinan dsb), cukai dan pelancongan. Urusan lain diuruskan oleh Israel.


Kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. HAMAS jadi serba salah sebab nak serang Israel, tapi takut berlawan dengan orang Islam sendiri. Satu perumpamaan, “Kita ada sebuah rumah yang cantik. Lepas itu orang datang, masuk rumah kita dan usir kita keluar. Lepas itu buat perjanjian dengan kita, OK!, kita boleh duduk tapi kat kawasan sampah jer. Dan kalau ada orang nak ceroboh rumah, kita kena tangkap orang tu”.


Pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan government) ditubuhkan. Kerajaan baru ini diiktiraf oleh sebahagian Negara, tetapi tidak diiktiraf oleh Negara-negara seperti US, UK. Semasa pentadbiran Clinton dulu, 4 kementerian diketuai oleh Yahudi. Antaranya Finance, Luar Negara (Albright), Defence. Daripada 11 orang Senat, 7 orang adalah Yahudi.


Fasa 6: 2000 - sekarang


Pada 28/9/2000, Sharon bercadang untuk menziarahi Al-Aqsa. Maka berlakulah Intifadah yang ke-2. Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang Yahudi. Dulu, penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, sekarang atas nama agama. Kalau dulu 25 orang Yahudi mati, barulah 1 orang Palestin meninggal. Sekarang, 3 orang palestin sama dengan 1 yahudi.


Al-Quds :-


Di dalam Al-Quds terdapat Masjid Al-Aqsa, Dome of Rock, masjid Umar dan Gereja Kiamat. Orang Kristian percaya yang Nabi Isa dikebumikan di Gereja Kiamat ni. Pemegang kunci bagi Gereja Kiamat ni adalah orang Islam daripada keluarga Nusaibah (hingga ke hari ini). Terdapat 4 tembok keliling kota ini. Satu tembok dibina oleh kaum Kan-An (puak pertama), Nabi Sulaiman, Raja Herdos dan satu lagi Kerajaan Uthmaniyyah. terdapat 8 pintu untuk memasuki kota ni.


Semasa Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W. mengikat Buroq di salah satu tembok tersebut. Kalau kita tengok dalam TV, Yahudi ada upacara dia di salah satu tembok ni. Itulah tembok yg dimaksudkan. Di bawah tembok tersebut, orang Yahudi gali lubang beralasan nak cari Haikal Sulaiman.


Jadi, apa peranan kita sebagai umat Islam? Kita kena sedar yang perjanjian terbukti tidak membuahkan sebarang hasil. Yahudi berkali-kali melanggar perjanjian dan tak buat apa yg dijanjikan. Yang pertama sekali ialah dengan doa kita untuk Palestin serta pejuang-pejuangnya, beri sumbangan sekadar termampu, boikot barangan yang terlibat dgn Israel dan last sekali, menggabungkan diri kita dalam kelompok gerakan Islam bagi mengembalikan semula Tanah Al-Quds harta milik orang Islam seluruh dunia!


“Bumi Palestin bumi orang Islam seluruhnya,setiap inci dan saat apa yg berlaku di sana menjadi tanggungjawab kita semua!!!”

 
posted by asysyams at 4:48 PM | 0 comments